Barangan dan Perkhidmatan Terhad

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Untuk menggalakkan keselamatan dan menghalang aktiviti yang mungkin berbahaya, kami melarang percubaan oleh individu, pengilang dan peruncit untuk membeli, menjual, mengadakan cabutan bertuah, menghadiahkan, memindahkan atau memperdagangkan barangan serta perkhidmatan tertentu pada platform kami. Kami tidak bertolak ansur dengan pertukaran atau penjualan sebarang ubat yang boleh mengakibatkan penyalahgunaan bahan dilindungi di bawah dasar kami di bawah. Peruncit gedung fizikal dan dalam talian boleh mempromosikan senjata api, alkohol dan barangan tembakau yang tersedia untuk dijual daripada perkhidmatan kami; walau bagaimanapun, kami mengehadkan kebolehlihatan kandungan ini bagi orang bawah umur. Kami membenarkan perbincangan tentang penjualan barangan ini di kedai atau oleh peruncit dalam talian, menyokong perubahan terhadap peraturan barangan dan perkhidmatan yang dilindungi dalam dasar ini, dan menyokong atau berkenaan dengan penggunaan ubat farmaseutikal dalam konteks rawatan perubatan, termasuk perbincangan tentang kesan sampingan fizikal atau mental.
Barangan dan Perkhidmatan Terhad terdiri daripada kategori yang berikut:
  • Ubat-ubatan dan Farmaseutikal
  • Senjata, Peluru atau Bahan Letupan
  • Tembakau dan Produk Berkaitan
  • Alkohol
  • Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Perjudian dan Permainan Dalam Talian
  • Spesies terancam dan dilindungi (hidupan liar dan tumbuhan)
  • Artifak Bersejarah
  • Barangan dan Bahan Berbahaya
  • Bahagian dan Bendalir Badan
Setiap kategori diperincikan di bawah.
Ubat-ubatan dan Farmaseutikal
Kami tidak membenarkan:
Ubat berisiko tinggi (ubat yang berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan, ketagihan atau dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius, termasuk dos berlebihan; cth., kokain, fentanil, heroin).
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mendagangkan, menyelaraskan perdagangan, menderma, menghadiahkan, atau meminta ubat berisiko tinggi.
  • Mengaku membeli, mendagangkan atau menyelaraskan perdagangan ubat berisiko tinggi oleh penyiar kandungan itu sendiri atau melalui orang lain.
  • Mengakui penggunaan peribadi tanpa memperakui atau merujuk kepada pemulihan, rawatan, atau bantuan lain untuk membendung penggunaan. Kandungan ini tidak boleh mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan penggunaan, menyelaraskan atau memberikan arahan untuk membuat atau menggunakan ubat berisiko tinggi.
  • Menyelaraskan atau mempromosikan (yang kami maksudkan mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan penggunaan, atau memberikan arahan untuk menggunakan atau membuat) ubat berisiko tinggi.
  • Nota: Berdebat atau menyokong kesahihan atau membincangkan merit saintifik atau ubat-ubatan berisiko tinggi adalah dibenarkan. Hal ini termasuk berita dan pengumuman perkhidmatan awam.
Ubat bukan perubatan (ubat atau bahan yang tidak digunakan untuk tujuan perubatan yang dimaksudkan atau digunakan untuk berkhayal - ini termasuk bahan kimia prekursor atau bahan yang digunakan untuk penghasilan ubat ini.)
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mendagangkan, menyelaraskan perdagangan, menderma, menghadiahkan, atau meminta ubat bukan perubatan.
  • Mengaku membeli, mendagangkan atau menyelaraskan bersama perdagangan ubat bukan perubatan oleh penyiar kandungan itu sendiri atau melalui orang lain.
  • Mengakui penggunaan peribadi tanpa memperakui atau merujuk kepada pemulihan, rawatan, atau bantuan lain untuk membendung penggunaan. Kandungan ini tidak boleh mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan penggunaan, menyelaraskan atau memberikan arahan untuk membuat atau menggunakan ubat bukan perubatan.
  • Menyelaraskan atau mempromosikan (yang kami maksudkan mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan penggunaan, atau memberikan arahan untuk menggunakan atau membuat) ubat bukan perubatan.
  • Percubaan untuk menjual atau mempromosikan peralatan ubat bukan perubatan.
  • Mengandungi barang dagangan yang menggambarkan ubat bukan perubatan.
Ubat preskripsi (ubat yang memerlukan preskripsi atau dipantau oleh pakar perubatan)
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual atau mendagangkan ubat preskripsi kecuali apabila:
    • Menyenaraikan harga vaksin dalam konteks pendidikan atau perbincangan eksplisit apabila terhad kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.
    • Menawarkan penghantaran apabila disiarkan oleh perniagaan e-dagang penjagaan kesihatan yang sah apabila terhad kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Kandungan ini juga mesti mengandungi penafian untuk berunding dengan profesional kesihatan berlesen atau mendapatkan preskripsi yang sah.
  • Cuba menderma atau menghadiahkan ubat preskripsi, kecuali sekiranya berlaku krisis ekonomi, kesihatan, masyarakat atau bencana alam.
  • Meminta ubat preskripsi, kecuali apabila kandungan membincangkan kemampuan, kebolehaksesan atau keberkesanan ubat farmasi dalam konteks perubatan.
  • Nota: Berdebat atau menyokong kesahihan atau membincangkan merit saintifik ubat-ubatan preskripsi adalah dibenarkan. Hal ini termasuk berita dan pengumuman perkhidmatan awam.
Entheogen
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan, atau meminta entheogen.
  • Nota: Berdebat atau menyokong kesahihan atau membincangkan merit saintifik atau perubatan entheogen adalah dibenarkan.
Ganja dan Produk Terbitan Ganja
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma atau menghadiahkan atau meminta ganja dan produk yang mengandungi THC atau komponen psikoaktif yang berkaitan.
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
Entheogen
  • Kandungan yang menunjukkan pengakuan penggunaan peribadi, menyelaraskan atau mempromosikan (yang kami maksudkan mengutarakan hal itu secara positif), atau menggalakkan penggunaan entheogen.
    • Kecuali apabila perkara di atas berlaku dalam konteks fiksyen atau dokumentari.
Ganja dan Produk Terbitan Ganja
  • Kandungan yang menyelaraskan atau mempromosikan (yang kami maksudkan mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan penggunaan, atau memberikan arahan untuk menggunakan atau menghasilkan) ganja dan produk yang mengandungi THC atau komponen psikoaktif yang berkaitan.
  • Kandungan berkaitan perniagaan yang disiarkan oleh dispensari ganja apabila tiada percubaan untuk membeli, menjual atau memperdagangkan ganja dan produk yang mengandungi THC atau komponen psikoaktif yang berkaitan.
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta kanabidiol yang boleh dimakan (CBD) atau produk kanabinoid yang serupa.
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta kanabidiol yang tidak boleh dimakan (CBD) atau produk kanabinoid yang serupa.
  • Kandungan membuat dakwaan penyakit berkaitan dengan kanabidiol yang tidak boleh dimakan (CBD) atau produk kanabinoid yang serupa.
  • Kandungan yang menggambarkan peralatan ganja.
Ubat-ubatan preskripsi
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual atau mendagangkan ubat-ubatan preskripsi dalam sebarang konteks, termasuk apabila disiarkan oleh perniagaan e-dagang penjagaan kesihatan yang sah.
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, memberikan, atau mendapatkan ubat-ubatan tanpa preskripsi.
  • Kandungan yang termasuk kemasukan atau penggunaan ubat-ubatan preskripsi.
Senjata, Peluru atau Bahan Letupan
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual atau mendagangkan senjata api, bahagian senjata api, peluru, bahan letupan atau alat tambahan yang boleh membawa maut kecuali apabila:
    • disiarkan oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama atau agensi kerajaan (cth. jabatan polis, bomba) atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti fizikal yang sah; dan kebolehlihatan terhad kepada orang dewasa berumur 21 tahun ke atas.
  • Cuba menderma atau menghadiahkan senjata api, bahagian senjata api, peluru, bahan letupan atau alat tambahan yang boleh membawa maut kecuali apabila disiarkan dalam konteks yang berikut:
    • Menderma, mendagangkan atau membeli balik senjata api dan peluru oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama atau agensi kerajaan atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti fizikal yang sah; dan kebolehlihatan terhad kepada orang dewasa berumur 21 tahun ke atas.
    • Lelongan atau penjualan secara rafel senjata api oleh entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, organisasi atau organisasi bukan berasaskan keuntungan gabungan kerajaan, atau orang perseorangan yang bergabung dengan atau yang ditaja oleh entiti fizikal yang sah; dan kebolehlihatan terhad kepada orang dewasa berumur 21 tahun ke atas.
  • Meminta senjata api, bahagian senjata api, amunisi, bahan letupan atau penambahan yang boleh membawa maut.
  • Cubaan untuk menjual, menghadiahkan, menukar, memindahkan, menyelaras, memberi kata-kata secara positif, menggalakkan penggunaan atau memberikan akses kepada percetakan 3D atau arahan pembuatan senjata api atau bahagian senjata api berbantukan komputer tanpa mengira konteks atau penyiar.
  • Percubaan untuk membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan, meminta atau mengakui pemilikan peranti penukaran mesingan.
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 21 tahun ke atas:
Senjata, Peluru atau Bahan Letupan
  • Kandungan yang disiarkan oleh atau mempromosikan kedai atau entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama, atau agensi kerajaan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta (termasuk dalam konteks lelongan atau undian) senjata api, bahagian senjata api, peluru, bahan letupan atau alat tambahan yang boleh membawa maut.
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
Item berbilah dan senjata lain:
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menyelaraskan, menderma, menghadiahkan atau meminta: item berbilah dan sebarang senjata lain (cth., penyembur lada atau cincin bela diri).
  • Kandungan yang memberi kata-kata secara positif, memberikan arahan untuk menggunakan atau menggalakkan penggunaan senjata api, alat ganti senjata api, peluru, bahan letupan, alat tambahan yang boleh membawa maut atau item berbilah dalam ulasan produk
  • Tawaran jualan dan promosi aksesori yang tidak boleh membawa maut
Tembakau dan Produk Berkaitan
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual atau mendagangkan produk berkaitan tembakau/nikotin, atau produk yang mensimulasikan merokok, termasuk semua jenis Produk Sistem Penghantaran Nikotin Elektronik “ENDS” (cth., rokok elektronik, vape dan vape bebas nikotin).
    • Kecuali apabila disiarkan oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama, atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti fizikal yang sah, termasuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dan hadiah jenama.
  • Cuba menderma atau menghadiahkan produk tembakau/nikotin, atau produk “ENDS”.
    • Kecuali apabila disiarkan oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama, atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti fizikal yang sah, termasuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dan hadiah jenama.
  • Meminta produk tembakau/nikotin, atau produk yang mensimulasikan merokok, termasuk semua jenis produk “ENDS” (vape tanpa nikotin).
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
  • Kandungan yang disiarkan oleh atau mempromosikan entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web atau jenama, yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma atau menghadiahkan arak atau produk tembakau.
  • Kandungan yang menggambarkan penggunaan tembakau, produk nikotin, atau produk “ENDS”.
  • Kandungan yang menyelaraskan atau menggalakkan penggunaan tembakau, produk nikotin, produk “ENDS” atau jenama tembakau.
  • Kandungan yang menggambarkan Produk Berhenti Mengambil Tembakau
  • Kandungan yang membincangkan atau mempromosikan penggunaan tembakau, peralatan tembakau atau jenama tembakau
  • Kandungan media yang menggambarkan merokok atau penggunaan tembakau dalam konteks bukan fiksyen
    • Kecuali dalam konteks kempen anti merokok, perkhidmatan kaunseling untuk ketagihan merokok, pemulihan merokok atau konteks PSA
Alkohol
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual atau mendagangkan alkohol kecuali apabila:
    • Disiarkan oleh Halaman, Kumpulan, atau profil Instagram yang mewakili entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web atau jenama, atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dan hadiah jenama.
    • Kandungan merujuk kepada alkohol atau menawarkan undangan ke sebuah lokasi alkohol yang melibatkan pertukaran atau penggunaan alkohol di lokasi pada sesuatu acara, restoran, bar atau parti.
  • Percubaan menyumbang atau menghadiahkan alkohol atau tembakau kecuali apabila disiarkan oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web atau jenama, atau orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti kewujudan fizikal yang sah.
  • Meminta produk dan minuman beralkohol
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
  • Kandungan yang mempromosikan atau yang disiarkan oleh entiti kewujudan fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web atau jenama, yang cuba membeli, menjual, memperdagang, menyumbang atau menghadiahkan produk atau minuman beralkohol.
  • Kandungan yang menggambarkan penggunaan produk atau minuman beralkohol atau berkongsi resipi minuman beralkohol.
  • Kandungan yang merujuk kepada produk alkohol atau menawarkan undangan ke lokasi alkohol yang melibatkan pertukaran atau penggunaan alkohol.
Kesihatan dan Kesejahteraan
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
Produk atau perkhidmatan penurunan berat badan atau penambahan berat badan
Kandungan yang:
  • Cuba untuk membeli, menjual, mendagangkan, menyumbang, menghadiahkan, menyebut atau meminta produk atau perkhidmatan penurunan berat badan atau penambahan berat badan.
  • Mengakui atau membayangkan penggunaan produk penurunan berat badan atau penambahan berat badan, dalam konteks yang positif atau membincangkan kesan sampingan perkara tersebut.
  • Menunjukkan penyelarasan atau promosi (yang kami maksudkan bercakap secara positif, menggalakkan penggunaan, atau menyediakan arahan penggunaan atau pembuatan) produk diet.
  • Mengandungi pernyataan rendah diri tentang penampilan fizikal (iaitu istilah, deskripsi, atau soalan yang negatif dan menyerang penampilan individu, bahagian badan tertentu atau kebersihan) atau gambaran dekat bahagian badan tertentu yang menunjukkan lemak yang terjepit.
  • Dakwaan bahawa hasil boleh dicapai hanya dengan menggunakan produk boleh pakai, seperti barang kemas atau tampalan.
  • Menggunakan taktik umpan klik dalam konteks penurunan berat badan atau penambahan berat badan, seperti bahasa sensasi dengan dakwaan kesihatan yang berlebihan atau melampau, atau menjanjikan hasil tertentu dalam jangka masa yang ditetapkan tanpa penafian atau kelayakan.
Produk, Prosedur atau Pembedahan Kosmetik
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan, menyebut atau meminta produk kosmetik, prosedur atau pembedahan. Ini termasuk:
    • Produk Pemutih Kulit seperti krim peluntur.
    • Prosedur kosmetik yang bertujuan merawat, atau memulihkan fungsi atau struktur wajah atau tubuh badan individu.
  • Mengakui atau menggambarkan penggunaan prosedur atau pembedahan kosmetik, memaparkan kesan positif atau negatif, atau kesan sampingan perkara tersebut.
  • Menunjukkan penyelarasan atau promosi (yang kami maksudkan bercakap secara positif, menggalakkan penggunaan atau memberikan arahan penggunaan atau pelaksanaan) prosedur atau pembedahan kosmetik.
  • Mengandungi pernyataan rendah diri tentang penampilan fizikal, (iaitu, istilah, deskripsi atau soalan yang negatif dan menyerang penampilan individu, bahagian badan tertentu atau kebersihan)
Nota: Promosi kaedah senaman (seperti Pilates) atau kosmetik sementara (seperti solekan) tidak terangkum dalam dasar ini.
Amalan Kesihatan Yang Mengelirukan
  • Dakwaan (termasuk dakwaan daripada profesional kesihatan atau organisasi kesihatan) untuk menyembuhkan, merawat atau menghilangkan mana-mana penyakit yang tidak boleh diubati dan/atau penyakit terminal (senarai lengkap): Nota: Ini tidak digunakan untuk dakwaan tentang merawat atau mengurus gejala penyakit ini.
    • Diabetes
    • Herpes
    • Tiroid
    • Psoriasis
    • Ebola
    • Kanser
    • Autisme
    • Alzheimer
    • Parkinson
    • Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS)
    • Virus kurang daya tahan manusia (HIV)
  • Menggunakan taktik umpan klik dalam konteks kesihatan, seperti bahasa sensasi dengan dakwaan kesihatan yang berlebihan atau melampau, atau menjanjikan hasil khusus yang berkaitan dengan kesihatan dalam jangka masa yang ditetapkan tanpa penafian atau kelayakan.
Produk rangsangan seksual dewasa
Kandungan yang:
  • Cuba untuk membeli, menjual, mempromosikan, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta produk rangsangan seksual dewasa, yang mana fokus utama adalah untuk merangsang keghairahan seksual seseorang atau meningkatkan rangsangan seksual seseorang, dalam konteks fiksyen atau bukan fiksyen. Ini termasuk:
    • Alat mainan seks
    • Produk erotik
    • Produk untuk membesarkan saiz alat kelamin tanpa pembedahan, seperti produk yang merangsang nafsu seks atau meningkatkan prestasi seksual
    • Produk yang mana fokus utama adalah untuk merangsang nafsu atau keghairahan seksual
    • Gambaran alat mainan seks tanpa konteks yang jelas
Produk Kesihatan atau Kesejahteraan Reproduktif
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mempromosikan, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta produk kesihatan atau kesejahteraan reproduktif. Ini termasuk:
    • Produk Kesihatan atau Kesejahteraan Reproduktif apabila memfokuskan keseronokan seksual dan bukan manfaat perubatan, termasuk yang mengandungi objek falik atau yonik
    • Produk yang menangani gangguan reproduktif seksual
    • Pembedahan alat kelamin kosmetik
    • Pembedahan alat kelamin dewasa
    • Pendidikan seks dengan fokus kepada keseronokan seksual
    • Produk hormon (cth., penggalak testosteron)
Perniagaan seksual dewasa
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mempromosikan, atau meminta perniagaan seksual dewasa yang boleh merangsang keghairahan seksual seseorang atau meningkatkan rangsangan seksual seseorang. Ini termasuk:
    • Perniagaan hiburan dewasa
    • Tempat orang dewasa
    • Perkhidmatan pengajaran seksual
Perjudian dan Permainan Dalam Talian
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan kebolehlihatan kepada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas:
Perjudian dan Permainan Dalam Talian
  • Kandungan yang cuba menjual, mendagangkan, menggambarkan atau mempromosikan permainan dan perkhidmatan perjudian dalam talian yang melibatkan nilai wang (termasuk wang tunai atau mata wang digital/maya, cth., bitcoin) diperlukan untuk bermain dan sebarang bentuk nilai wang sebagai sebahagian daripada hadiah. Perkara ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Permainan kemahiran, loteri/rafel, pertaruhan, pertaruhan sukan, permainan kasino, permainan adu nasib atau cabutan bertuah/hadiah.
    • Permainan Perjudian yang menawarkan tempoh percubaan terhad dan kemudiannya melibatkan pembayaran.
Permainan Kasino Sosial
  • Kandungan yang cuba menjual, mendagangkan, menggambarkan atau mempromosikan permainan kasino sosial yang mensimulasikan permainan perjudian seperti mesin slot, iaitu apabila tiada peluang untuk memenangi wang atau nilai wang. Ini termasuk kandungan yang menunjukkan peluang untuk memenangi “syiling” tanpa nilai kewangan.
Permainan percuma untuk bermain dengan konteks Perjudian
  • Kandungan yang cuba untuk menjual, mendagangkan, menggambarkan atau mempromosikan permainan percuma untuk bermain yang mensimulasikan permainan perjudian, di mana apa-apa nilai kewangan tidak diperlukan untuk bermain permainan itu, tetapi mungkin terdapat peluang untuk memenangi wang atau nilai wang.
Spesies terancam dan dilindungi (hidupan liar dan tumbuhan)
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan atau meminta spesies terancam atau anggota badannya.
  • Mengakui atau menggalakkan berburu secara haram, membeli atau mendagangkan spesies terancam atau anggota badannya yang dilakukan oleh penyiar kandungan itu sendiri atau sekutu mereka melalui orang lain. Ini tidak termasuk penggambaran perburuan haram oleh orang yang tidak dikenali.
  • Menggambarkan perburuan haram spesies terancam atau anggota badannya yang dibuat oleh penyiar kandungan itu sendiri atau sekutu mereka.
  • Menunjukkan penyelarasan atau promosi (yang kami maksudkan mengutarakan secara positif tentang, menggalakkan perburuan haram, atau memberikan arahan) untuk menggunakan atau membuat produk daripada spesies terancam atau anggota badan haiwan tersebut, atau mana-mana hidupan liar atau tumbuhan yang terancam.
Haiwan yang tidak terancam
  • Kandungan yang cuba membeli, menjual atau mendagangkan haiwan hidup yang tidak terancam kecuali apabila:
    • Disiarkan oleh Halaman, Kumpulan atau profil Instagram yang mewakili entiti fizikal yang sah, termasuk perniagaan runcit, laman web, jenama atau tempat perlindungan rumah baharu, orang perseorangan yang berkongsi kandungan bagi pihak entiti fizikal yang sah.
    • Disiarkan dalam konteks mengambil, memberikan hadiah, meminta, menderma atau memulihkan haiwan hidup yang tidak terancam, termasuk yuran rumah baharu untuk penjagaan rakan ke rakan.
    • Menjual haiwan untuk korban keagamaan, atau menawarkan ganjaran untuk haiwan peliharaan yang hilang.
    • Disiarkan dalam konteks jualan ternakan.
    • Disiarkan dalam konteks membeli, menjual atau memberikan hadiah, meminta, menderma tanduk haiwan, organ, anggota badan, bangkai, taksidermi, najis (tidak termasuk kompos atau baja).
    • Disiarkan dalam konteks menawarkan produk berkaitan haiwan untuk kegunaan manusia seperti: telur, ikan, dll.
Artifak Bersejarah
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang cuba membeli, menjual, mendagangkan, menderma, menghadiahkan, atau meminta artifak sejarah.
Barangan dan Bahan Berbahaya
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang cuba membeli, menjual, memperdagang, menyumbang atau menghadiahkan, atau meminta barangan dan bahan berbahaya.
Bahagian Tubuh dan Bendalir Badan Manusia
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang:
  • Cuba membeli, menjual atau mendagangkan bahagian tubuh manusia, walaupun di luar kandungan pemerdagangan manusia yang dilarang di bawah dasar Eksploitasi Manusia.
  • Meminta pertukaran bendalir manusia.
  • Cuba membeli, menjual atau memperdagangkan bendalir manusia
  • Kecuali apabila disiarkan sebagai sumbangan bendalir manusia seperti semen atau plasma darah.
Barangan Yang Ditarik Balik
Kami tidak membenarkan orang:
Kandungan yang cuba membeli, menjual, berdagang, menyelaraskan perdagangan, menderma, menghadiahkan, atau meminta barangan yang dialih keluar.
Pengalaman pengguna
Lihat beberapa contoh fungsi penguatkuasaan untuk orang ramai pada Facebook, seperti: cara melaporkan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sepatutnya ada pada Facebook, pemberitahuan bahawa anda telah melanggar Standard Komuniti kami dan paparan skrin amaran pada kandungan tertentu.
Nota: Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan kami, maka perkara yang anda lihat di sini mungkin sedikit ketinggalan berbanding dengan yang kami gunakan sekarang.
PENGALAMAN PENGGUNA
Pelaporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Komunikasi selepas laporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Pengalaman penurunan
PENGALAMAN PENGGUNA
Skrin amaran
Data
Lihat Laporan Penguatkuasaan Standard Komuniti terkini
Penguatkuasaan
Kami mempunyai dasar yang sama di seluruh dunia untuk semua orang pada Facebook.
Pasukan semakan
Pasukan global kami yang terdiri daripada lebih 15,000 penyemak bekerja setiap hari untuk memastikan keselamatan pengguna pada Facebook.
Penglibatan pihak berkepentingan
Pakar luar, ahli akademik, NGO dan penggubal dasar membantu untuk merangka Standard Komuniti Facebook.
Dapatkan bantuan berkenaan dengan barangan dan perkhidmatan terhad
Ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika anda melihat sesuatu pada Facebook yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami.
Lawati Pusat Bantuan kami